BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Thursday, November 4, 2010

Secebis Bingkisan Daripada Kursus Fotografi


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Kursus fotografi

Para Peserta kursus 
Syukur alhamdulillah, pada 30 & 31 Oct yang lalu bertambah lagi sedikit ilmu yang cukup bermanfaat untuk diri sendiri dan juga sahabat-sahabat yang lain.Sebelum saya bercerita lebih lanjut mengenai pengalaman yang cukup bermakna ini, terlebih dahulu ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada seorang sahabat yang sudi untuk memperlawa saya turut serta dalam kursus fotografi yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Cawangan Daerah Sipitang ini dan ribuan terima kasih juga saya ucapankan kepada krew-krew Art Putera Studio yang terlimbat dalam menjayakan kursus ini serta Kelab Rakan Muda yang sudi untuk menganjurkan kursus yang sedemikian rupa.


Sifu Akik Zaki dan Hafiz memberi tunjuk ajar

Kursus ini telah berjalan dengan jayanya walaupun pada awalnya semua peserta tidak mempunyai pengetahuan,kemahiran dan sebagainya lagi yang bersangkut paut dengan dunia photografi yang sebenar.Setelah diberi penerangan dan tunjuk ajar yang sangat kemas,teliti dan memuaskan akhirnya semua peserta menunjukkan sedikit demi sedikit perubahan dalam kemahiran asas fotografi.

Antara peralatan dalam fotografi

Selain itu juga, semua peserta diberi penerangan dan tunjuk ajar mengenai photografi dari peringkat asas dan seterusnya.Peserta juga diberi peluang untuk mengambil gambar dan mengaplikasikan segala ilmu yang diajar oleh tenaga pengajar dengan menggunakan kamera DSLR milik mereka.Peserta juga telah didedahkan dan diterangkan dengan pelbagai fungsi alat-alat yang menyokong hobi atau kerjaya yang cukup luar biasa dan mahal ini.

Salah seorang peserta yang khusyuk dalam kursus ini..^_^
Disamping itu juga,hari terakhir kursus ini iaitu pada 31 Oct telah diadakan pertandingan photografi yang dijalankan sekitar Esplanet Sipitang yang bertujuan untuk melihat sendiri hasil daripada semua tunjuk ajar mereka selama kursus dijalankan.
Salah satu gambar yang diambil oleh peserta (gambar nie telah diedit oleh Sifu Apeace)
Fotografi itu satu seni
Oleh itu, saya berharap agar program-program seperti ini akan dapat dijalankan dengan lebih jaya lagi kerana program sedemikian boleh mengisi masa terluang,mengasah bakat dan minat para belia daerah Sipitang terhadap sesuatu bidang yang diminati.




0 comments: