BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Friday, November 19, 2010

Evolution Of Photoshop

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم







"Evolution Of Photoshop" itulah yang dapat saya gambarkan setelah berlalunya kursus Photoshop pada 6 & 7 November yang lalu.Kursus ini telah dikendalikan oleh Saudara Syahirul dan Hamzah daripada Putera Art Studio dan dianjurkan oleh Kelab Rakan Muda Sipitang.Penyertaan peserta kursus kali ini rasanya kurang memuaskan mungkin disebabkan oleh hal-hal yang tidak dapat dielakkan peserta kursus sebelum ini.




Pengetahuan yang paling asas



Sebahagian peserta kursus


Namun begitu, bagi saya semua peserta kursus kali ini sangat memuaskan hati tenaga pengajar PS kerana semuanya menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang editing ini yang juga boleh dikategorikan sesuatu yang susah untuk dikuasai kalau tidak berminat melainkan kepada yang benar-benar meminatinya.
Walaupun hanya dua hari sahaja mereka memberi tunjuk ajar mengenai cara dan teknik-teknik penggunaan photoshop yang boleh dikatakan hanya basic sahaja yang diajar.




Tunjuk ajar diberikan


Boleh dikatakan hampir semua peserta dapat menguasai teknik-teknik yang diajar dalam masa yang cukup singkat dan ada sebilangan peserta yang sudah mula meminta tunjuk ajar teknik yang boleh dikatakan tahap profesional. Hal ini mungkin disebabkan ada yang peserta yang belum pernah mendengar atau mengetahui mengenai Adove Photoshop atau sebaliknya dan ada yang telah menguasai teknik-teknik asas dalam photoshop.


Menggunakan kreativiti tersendiri


Langkah demi langkah

Pada hari terakhir kursus, peserta telah diberi ujian iaitu membuat sebuah poster atau kulit majalah dengan menggunakan teknik-teknik yang telah diajar iaitu menjadikan gambar sendiri atau peserta lain sebagai model karya masing-masing.




Perlunya kesabaran yang tinggi..


Hasilnya semua peserta berjaya menghasilkan karya yang sangat menggagumkan walaupun hanya menguasai beberapa teknik asas sahaja dan terdapat sedikit gangguan semasa proses-proses mengedit dijalankan kerana terdapat beberapa buah komputer yang digunakan peserta mengalami masalah yang tidak dapat dielakkan.
Secara keseluruhannya, sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga pengajar,
penganjur serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana memberi peluang kepada kami untuk mengasah lagi bakat yang terpendam selama ini.


Hasil dalam bentuk Poster (Design By Fred)

Hasil dalam bentuk kulit majalah (Design By SuciWani)

0 comments: