BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Monday, November 22, 2010

Malam Semanis Senyuman, Seindah Impian

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




"Malam Semanis Senyuman, Seindah Impian"..bertepatan sekali dengan suasana majlis Prome Night bagi meraikan  Pelajar tahun 2 Pusat PraUniversiti Smk Pengiran Omar, Sipitang yang akan menamatkan alam persekolahan mereka pada tahun ini. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya pada 6 November 2010 di SFI Motel Sipitang dan dikelolakan oleh AJK tertinggi Kelab Setia Smkpo sesi 2010/2011.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Tuan Pengetua, guru-guru penolong kanan, guru-guru ketua bidang serta para pensyarah Pusat PraUniversiti Smkpo. Majlis ini bermula secara rasminya pada jam 8.30 malam setelah kehadiran Tuan Pengetua serta guru-guru penolong kanan.

Atur cara majlis ( Muka Depan )

Atur cara majlis


Para tetamu telah dihiburkan dengan sebuah persembahan daripada dua orang Ajk majlis iaitu Mohd.Arfan dan Johari Ismail sebagai Opening "Malam Semanis Senyuman, Seindah Impian".Selepas persembahan, majlis disusuli pula dengan ucapan Ketua Pelajar Smkpo iaitu Mohd.Azwan daripada kelas Geo/Sej Pra-U Tahun 2, ucapan Tuan Pengetua, persembahan montaj Pra-U Tahun 2 dan bacaan doa makan yang diketuai oleh Mohd.Afifi Zainal.




Pelajar Pra-U Tahun 1 yang berbakat.hihihii

Semasa berlangsungnya acara di atas, yang telah dikendalikan oleh MC majlis iaitu Allyjara dan Md.Noorizham ajk yang lain sibuk menguruskan acara bertukar-tukar hadiah di mana hadiah disediakan oleh pelajar pra-U tahun 2 masing-masing.Acara ini diselesaikan sebelum bermulanya jamuan makan.Seterusnya majlis dimeriahkan lagi dengan cabutan tiket bertuah dan persembahan kelas. Acara ini berlangsung secara selang seli antara cabutan tiket bertuah dan persembahan kelas sehinggalah kelas terakhir yang membuat persembahan.


Antara kelas yang membuat persembahan

Acara yang sangat dinanti-nantikan para tetamu ialah, tidak lain tidak bukan iaitu acara Prince & Princess yang setiap tahun diadakan bagi "Malam Semanis Senyuman, Seindah Impian". Acara ini telah dimenangi Mohd.Safri selaku Prince dan Janet Ayob selaku Princess. Acara ini telah diadili oleh Tuan Pengetua dan para pensyarah daripada kalangan pelajar pra-U tahun 2 yang hadir dalam majlis "Malam Semanis Senyuman, Seindah Impian" ini. Akhir sekali, sebagai penutup majlis sebelum keberangkatan pulang Tuan Pengetua dan para pensyarah.Acara diteruskan lagi dengan persembahan AJK yang telah disempurnakan oleh Mohd.Afifi dengan mendendangkan sebuah lagu (sepatutnya ada 2 lagi persembahan daripada Ajk..tetapi telah disingkatkan dengan satu persembahan sahaja kerana kesuntukan masa) dan kemuncak majlis berakhir dengan acara Mohon Restu di antara semua pelajar pra-U tahun 2 dengan Para pensyarah Pusat PraUniversiti Smkpo Sipitang. Majlis "Malam Semanis Senyuman, Seindah Impian" ini berakhir pada jam 11.30 malam.


Prince & Princess "Malam Semanis Senyuman, Seindah Impian"

Conclusionnya, majlis "Malam Semanis Senyuman, Seindah Impian" ini telah berjalan dengan jayanya walaupun ada sedikit masalah semasa acara bertukar-tukar hadiah dilakukan dan segala usaha dan kerjasama semua pihak amat dihargai. Tidak lupa juga kepada semua AJK pengelola "Malam Semanis Senyuman, Seindah Impian" yang telah bertungkus lumus bagi menjaya majlis ini dan terima kasih juga diucapkan kepada Puan Ramlah serta guru penasihat Kelab Setia Smkpo yang lain atas bimbingan yang telah diberikan. Kepada semua Ajk Tertinggi Kelab Setia Sesi 2010/2011 Smkpo Sipitang, marilah kita bersama-sama menjadikan majlis ini sebagai program pertama atau sulung kita yang terbaik dan mengambil segala pengalaman tersebut sebagai satu pengajaran agar kita semua boleh melakukan segala program Kelab yang bakal menyusul akan datang dengan lebih baik dan mantap...tidak ketinggalan juga kepada ahli kelab setia yang lain kerana telah terlibat dalam projek ini secara langsung atau tidak langsung...Terima Kasih Atas Kerjasama Semua..(^_^)


Photo Gallery "Malam Semanis Senyuman, Seindah Impian"


Persiapan awal..
Pintu Gerbang...

Menanti Ketibaan Tetamu..
Saya ke tu...hehehee..

Penuh debaran..hihihii

Ruang makan yang dihias dengan cantik..
Menjamu selera..


Tetamu Vip lelaki

Tetamu Vip perempuan
Antara persembahan istimewa daripada pelajar Pra-U tahun 2

  

  
Mohon Restu...

Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara satu sama lain..



Ajk Tertinggi Kelab Setia Smkpo sesi 2010/2011..

0 comments: