بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Benar kata pujangga Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.Setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza terhadap pujangga ini dan bukan semua orang menerima dan bukan juga semua orang tidak menerimanya, tetapi ini bergantung kepada seseorang individu tersebut bak kata pepatah rambut sama hitam,hati lain-lain.
Ada yang berpendapat hidup biarlah berbakti tetapi juga perlukan sedikit pujian,bukan untuk bermegah diri semata-mata tetapi sebagai satu suntikan semangat atau dorongan yang mampu meningkat prestasi seseorang dalam apa jua yang dilakukannya dalam hidup ini.Bahkan,secebis pujian itu adakalanya mampu mengubah seseorang individu itu ke arah yang lebih baik dengan masa yang singkat.Tetapi ingatlah adakalanya pujian itu juga mampu menjatuhkan prestasi seseorang, apabila individu tersebut sudah lalai dengan pujian yang mampu merapuhkan prestasi dirinya sendiri.Oleh itu,terpulanglah kepada diri anda sendiri sama ada bersetuju atau tidak dengan pujangga ini kerana anda yang menempuhi kehidupan ini...


























0 comments:
Post a Comment