BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Wednesday, December 5, 2012

I ComE..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Waaa...now is December..., lama tak post something di blog nie..huhuhu...
Sibuk sangat, takda masa nak writing2 di blog ni..
InsyaAllah cuti sem nanti, akan kembali aktif..yewww..kot2 la..hehe
Btw.., i hope u all enjoy with my blog n smile always..
(^____^)

Tuesday, September 18, 2012

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم








Alhamdulillah..., akhirnya tercapai juga impian ku untuk menjejakkan kaki ke menara gading...syukur atas rezeki Mu ya Allah..
Setelah beberapa bulan bercuti daripada mengasah otak yang selalu dahagakan ilmu ni akhirnya tibalah masanya untuk dioperasikan kembali..hehe...
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu..itulah pepatah yang sesuai untuk saya rungkaikan bertapa gembira dan bersyukurnya saya apabila pemohonan untuk menyambung pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris berjaya dengan penuh hikmah. Walaupun terkandas di ujian Medsi untuk kelayakan calon guru...tak ape la..mungkin rezeki saya memang  bukan dalam bidang  pendidikan....
Saya dengan penuh semangat, demi keluarga tercinta dan masa depan yang penuh dengan onak dan duri akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk membawa segulung ijazah dan kejayaan..huhuhuu..insyaAllah...  

Saturday, July 28, 2012

"You'll Be In My Heart"

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم









Kali ni saya nak share lirik lagu " You'll Be In My Heart " Ost kartun TARZAN...
masihkah anda ingat katun nie...bukan katun jaa..malah di bawa ke layar Perak...
Saya suka tengok ceta nie dulu masa kecik2..Umi belikan CD dya...tapi bukan katun...movie...
tengok balik-balik...version katun tengok di TV jaa...
hrmm...,cd dya masih ada tapi 1 dah hilang...hehe...
Kepada sapa2 yang pernah tengok ceta nie...
mesti tersentuhkan....(kalau laa)...
Kasih sayang antara haiwan dan manusia...takkan pernah terpisah.... (=^__^=)

English version ( Phil Collins )


Come stop your crying, it will be all right
Just take my hand, hold it tight
I will protect you from all around you
I will be here dont you cry

For one so small,you seem so strong
My arms will hold you keep you safe and warm
This bond between us cant be broken
I will be here dont you cry

And youll be in my heart
Yes, youll be in my heart
From this day on
Now and forever more
Youll be in my heart
No matter what they say
Youll be here in my heart
Always

Why cant they understand the way we feel
They just dont trust what they cant explain
I know were different but deep inside us
Were not that different at all

And youll be in my heart
Yes, youll be in my heart
From this day on
Now and forever more
Youll be in my heart
No matter what they say
Youll be here in my heart
Always

Dont listen to them, cause what do they know
We need each other, to have and to hold
Theyll see in time, I know

When destiny calls you, you must be strong
I may not be with you, but you gotta hold on
Theyll see in time, I know

Well show them together cuz...

Youll be in my heart
I believe, youll be in my heart
Ill be there from this day on
Now and forever more

Youll be in my heart
No matter what they say
Youll be here in my heart always

Always...
Ill be with you
Ill be there for you always
Always and always
Just look over your shoulder
Just look over your shoulder
Just look over your shoulder
Ill be there always
Malay version ( Zainal Abidin )
Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tangan ku dan digenggam erat
Ku melindungi mu dari apa yang datang
Berhentilah menangis
Tubuh kecil bertenaga
Dalam dakapan ku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis

Kau di hati ku
Kau di hati ku
Hari ini dan selamanya
Kau di hati ku
Walau apa katanya
Kau di hati ku, Selamanya
Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan walau apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami tiada apa yang berbeza

Kau di hati ku
Kau di hati ku
Hari ini dan selamanya
Jangan kau dengar mereka tak tahu
Saling memerlu saling membantu
Di suatu masa tahu
Destinasi tiba kau harus tabah (selama)
Ku tak bersama mu
Bersabarlah
Di suatu masa tahu buktikan bersama

Kau di hati ku
Yakin kau di hati ku
Di sini hari ini dan selamanya

Kau di hati ku (kau tetap di hati ku)
Walau apa katanya
Di sini.. oh.. kau di hati ku selamanya
Selamanya
Bersama mu (ku selalu bersama)
Pandanglah ke bahu mu (x3)
Selama-lamanya.. di sini mu selamanya

Copy & Paste Again..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

cuba fahami dan dalami teks dibawah...;)


Gambar hiasan semata-mata...hehe


Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. 

Janganlah sesekali kamu MELEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. 

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

( saya suka opening teks nie...berkias sungguh...^_^ )


Monday, July 9, 2012

Bait-bait Hikmah..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم




Tidak mengapalah seandainya dirimu tidak memiliki wajah yang cantik untuk menjadi rebutan dan sebutan ramai manusia, asal dirimu punya akhlak baik yang menjadi kebanggaan Allah, agama, dan Rasul mu.. Itu sudah terlebih baik dan amat cantik." ♥

|Siti Khadijah R.A|



Diriwayatkan daripada Anas r.a: “ Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ” Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri.”

(al-Bukhari)


✿ Alangkah INDAHNYA kalau dapat kita FAHAMI bahawa setiap INCI ujian yang kita alami adalah sentuhan KASIH SAYANG daripada Allah (swt) kepada kita.. tidak pernah sekalipun ujianNnya datang untuk menjauhkan HAMBA daripada TUANNYA, bahkan untuk menjadikan MANUSIA INGAT dan DEKAT pada Maha Pencipta..✿

(copy & paste)(,^^)

Friday, June 22, 2012

Usaha Tangga Kejayaan

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Syukur Alhamdulillah.....syukur atas rezeki mu ini Ya Allah....itulah kata-kata yang hanya mampu saya ungkapkan selepas menerima keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM ) pada tanggal 07/03/2012...
Tanggal 07/03/2012 inilah merupakan hari keramat bagi semua calon STPM seluruh Malaysia, mana tidaknya tarikh nie keputusan diumumkan...makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, senyum pun tawar dan macam-macam lagilah...



Ketakutan baa...

Berbeza sungguh aura ketakutan yang kami lalui waktu tu....beza la sangat masa ambil keputusan SPM tahun 2010 yang lepas....
Pada tarikh keramat nie saya dan 3 orang lagi kawan  tengah sibuk hadiri kelas Giatmara...huu....cikgu kat kelas tue pun sibuk-sibuk nak tolong checkkan result STPM kami...
Macam-macam cara kami boleh check result sebenarnya, cara pertama haa...terus pegi sekolah ambik kat sana cara kedua pula SMS jaa dan cara ketiga check Online jaa la...
Sehari sebelum menjelang hari keramat ni saya dan 3 orang kawan yang turut serta dalam misi ketakutan dah bertekat tak nak ambil atau tahu result pada hari tersebut jugaak..tapi ...akhirnya tau jugak pada hari yang sama..hahaha...
Seawal pagi handphone sentiasa dibanjiri mesej daripada kawan-kawan seangkatan yang turut serta menanti dengan hati yang gelisah....sepanjang tu jugalah hati saya risau....macam rasa tau...haha..
Paling saya tak boleh lupa waktu tu...rehat pukul 10 pagi....saya pegilah ke TAMU beli martabak bersama seorang teman....lepas balik ja dari tamu terus pegi ke kelas duk makan kat sana belum sempat pun martabak saya habis...terima pula khabar daripada seorang sahabat baik yang waktu tue dekat rumahnya dan memaklumkan kepada saya bahawa 2 orang pelajar terbaik STPM tuk kali nie...dua-dua perempuan dan daripada kelas yang berbeza...(bertambah kecut perut dibuatnya..) secara automatik saya sudah boleh meneka kedua-duanya..tapi saya tak rasa saya orangnya okei...sebaik saja khabar tu dimaklumkan rasa dah tak nak masuk dah makanan yang saya makan tue...macam sempit ja tekak masa tu...

saya betul-betul risau tahap gaban baa..,takut dan sebaginya lagi...takut la kata kan....lepas makan jaa
ada la sorang kawan nie menyapa...dan beri dorongan kat saya supaya jangan risau sangat..tawakal jaa...
Lepas tue saya duduk lepak-lepak kata luar kelas dengan sorang kawan yang turut serta menanti keputusan.....
Asyik kami bersembang..., datanglah satu pesanan sms dari kawan yang duduk kat rumah tadi tu...dya pun memaklumkan la bahawasanya dia telah check keputusannya secara online....duk..duk..duk..duk..bertambah kencang jantung berdegup...apa lagi si penerima mesej pun minta la dya checkkan resultnya....tunggu punya tunggu mesej baru sampai berserta keputusan si penerima...yeaaa...resultsnya juga okei....si kawan macam tidak percaya bahawasanya resultsnya cemerlang daripada exam di sekolah sebelum nie...huuu....saya pun apa lagi...macam tak sabar la jugak nak tau results sendiri..haaaaa....

nda sabar punya pasal..huuuu..akhirnya saya menggalah...minta jugak kawan tu..checkkn result sendiri....tapi kononnya...minta kawan yang tolong sms kn 2..biar dya saja yang tau...sekali..sama la jugak....
dalam 1 jam kot kami tunggu mesej baru sampai masuk kelas dah masa 2...si kawan macam mau melompat dan senyum2 dah baca mesej....dengan muka seposen saya tegok jaa...
"Tahniah syazzzzz......!!!....okei pula results ko nie......"...saya pun jawab laaa..."haaaaaa....biar betul nie..."
Alhamdulillah rezeki daripada Allah........alhamudillah yang tak terkata....saya
masa 2..pointer tak tahu lagi...baru grednya yang saya tau...alhamdulillah...
sepanjang hari 2 jugak la Umi saya yang kat KK call balik-balik...nak tau results saya....
Ke esokkan harinya saya dan kawan-kawan yang lain pegi sekolah ambil slip results stpm....terima kasih cikgu.....saya hanya mampu tersenyum dan ucapkan terima kasih saja pada guru-guru masa saya datang sekolah masa tue...



Malam tu...saya check sendiri dan kawan dari Tawau maklumkan cara nak kira  pointer....thanks Mel...


Alhamdulillah sebulan lebih selepas itu...,dapat jugak surat jemputan tuk menghadiri MAJLIS ANUGERAH PELAJAR BESTARI (MAPB)...kawan-kawan yang lain pun dapat jemputan jugak...walaupun tak semua dijemput saya tetap bersyukur....( dapat lepas rindu ngan kawan yang suda beberapa bulan tak bersua...)
huuuuu..penat la pula nak tulis berjela-jela nie...huuu....
kasi pendek je la yaa....just for sharing kan..^_^...



Terima Kasih atas rezeki-Mu Ya Allah...


"Saya NUR SYAZWANI BT CHE KARIM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, para pensyarah PRAU SMKPO SIPITANG, SABAH, guru-guru serta sahabat handai saya yang dikasihi sekalian..tanpa dorongan anda siapa la saya...terima kasih semua...terima kasih kepada para pensyarah yang banyak membantu saya untuk menjadi yang terbaik...hehe...tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang sudi pinjamkan nota,latihan,buku rujukan dan sebaginya kepada saya....saya rasa macam menyusahkan anda sepanjang tahun kerana saya kekadang tetinggal waktu PnP kerana urusan pengawas,kelab dsbnya lagi...terima kasih semua...saya akan kenang semua itu sampai akhir hayat saya.....dan buat ibu bapa saya..terima kasih umi dan babah kerana support saya 100%...dan ada hikmah jugak la Umi saya datang sekolah setiap kali hari menandatangani report card peperiksaan ( selama saya sekolah babah ja yang selalu datang...,umi langsung x pernah...bila dah masuk prauniversiti...umi yang handel....)
Terima kasih semua...(=^_^=)...
entri ini saya sertakan gambar2....sepanjang 

Majlis MAPB dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SPM / STPM 2011 Peringkat Daerah Sipitang 2012..




MAPB
Waktu ketibaan penerima anugerah...




Pensyarah subjek Bahasa Melayu saya...


Pintu gerbang masuk ke dewan...
Siap sedia dan berbaris untuk perarakan masuk ke dalam dewan...

waaa...,senyum2..tapi bau masa tu..tuhan saja yang tahu..hahaha.,,sebelah saya ada tong sampah besar..hahaha..
Beratur mengikut tempat duduk masing-masing...gementar berabis nie..huhuhuu...

Okey..semua dah sedia....sebentar lagi perarakan masuk dengan iringan muzik gamelan dan pembawa chongmar serta tetamu kehormat...
"peace"...dalam hati..huuuu...nervous sangat time tu...
(Jubah wana merun tu...tuk pelajar cemerlang dan jubah puple tue...tuk mini graduasi pelajar PRAU...yang mendapat pointer 2.00 dan ke atas sahaja...)





Tunggu giliran...,sempat lagi pelajar sains nie ambik gambar...
Antara jejaka harapan PraU.. 


Inilah barisan tempat duduk saya..(bersama dengan pelajar cemerlang spm)...duduk paling hujunggg...

Bersama dengan kawan baik saya,teman seperjuangan saya dan pesaing  hebat saya..hehehe..

Giliran saya lagi. tuk naik ke pentas..
Terima Kasih...

Terima Kasih Tuan Pengetua....

Parents terima anugerah ibu bapa cemerlang...alhamdulillah...
Anugerah Khas Pelajar Cemerlang...

MAPB yang terbaik!!!

Penerima Anugerah Khas...

We are the BEST!!!!

Bersaing secara sihat....

Bersama pendorong tersayang...dan sebahagian daripada cederahati...

Bersama junior  sebagai inspirasi....
Bersama pensyarah tersayang yang banyak memberi bimbingan...

 Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SPM / STPM 2011 Peringkat Daerah Sipitang 


Menanti ketibaan penerima anugerah dan tetamu kehormat datang... 
Duduk-duduk dulu...
Penerima anugerah dan ibu bapa yang paling awal tiba...
 

Ucapan politik serba mantap...


Peruntukan wang untuk PIBG sekolah dan cabaran untuk 2 orang anaknya....
(antara topik ucapan yang paling saya ingat masa tu)

Si kembar yang sentiasa CEMERLANG...

Bertambah kecil saya bila tampil kehadapan....

Thanksss YB Datuk..

My Best Friend....

Begambar dulu kita sebagai bukti..hahaha..

Okeyyy...senyummmm...

7 orang penerima tuk pelajar cemerlang stpm...6 orang saja yang hadir...1 orang tak sempat nak begambar..hehe..

Peace....yeaaa...dapat duit poket..hahahaha...

Sempat lagi orang kat blakang tu...

Sebahagian daripada penerima tuk pelajar cemerlang SPM..

Temubual RTM...setelah selesai majlis...


Sebelum saya mengakhiri entri ini....terus terang saya katakan...saya tidak menyesal masuk ke tingkatan 6 kerana inilah yang terbaik untuk saya.
Kalau bukan kerana usaha gigih saya selama setahun setengah di PRAU...belum tentu saya akan cemerlang dalam STPM...
Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti di sekolah....saya masih mampu buat yang terbaik demi masa depan saya yang belum pasti lagi cerah....

Sekian dan terima kasih....