BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Thursday, January 13, 2011

Lakaran Cinta Abadi...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia..,ianya laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci...Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya...Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan,kedustaan,penipu,langkah seseorang dan lain-lain perkara yang tercela.Tapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati,keikhlasan ,setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain yang terpuji...-Hamka-



Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih sayang adalah suatu pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagiaan...




Salam Tahun Baru...2011..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



Alhamdulillah hari ini..,dapat lagi kita melihat sinarnya mentari yang menerangi seluruh dunia ini...
tahun demi tahun sudah pasti hadirnya sesuatu yang baru dalam hidup kita ini..dan mengharapkan yang terbaik dari-Mu Illahi daripada tahun-tahun sebelum ini...InsyaAllah hadirnya tahun baru ini akan lebih membawa erti kepada kita semua..terutamanya kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat yang saya kasihi..kerana pada tahun ini merupakan tahun terakhir kami berada di sebuah tempat yang dipanggil "Sekolah"...dan pada tahun ini juga kami akan menduduki peperiksaan STPM...
Semoga hadirnya tahun baru ini akan lebih mengajar kita..erti kehidupan yang sebenar dan mengambil segala pengajaran yang telah kita lalui sebelum ini...kerana semalam tidak akan pernah sama dengan hari ini...dan hari ini tidak akan pernah sama dengan hari esok....dan seterusnya...
Oleh itu....,di tahun yang baru ini marilah kita bersama-sama menggantungkan azam masing-masing setinggi bintang di langit...kerana hadirnya kali ini tidak akan pernah kembali lagi....Salam tahun baru...2011